Close

Macam iPhone, tapi bukan – Gionee G13 Pro hadir dengan HarmonyOS

Baru-baru ini jenama fon dari China iaitu Gionee telahpun melancarkan model fon terbaru mereka iaitu Gionee G13 Pro yang dilihat memfokuskan pada fon kelas permulaan.
Dari segi spesifikasi, G13 Pro dijana cip Unisoc Tiger T310 (12nm), skrin IPS LCD 6.26″ dengan takuk, 4GB RAM, storan 32GB dan dwi-kamera utama 13MP bersama 2MP.
Peranti ini juga dilihat mempunyai rekaan yang amat sinonim dengan iPhone 13 dari segi kedudukan kamera, reka bentuk berkotak dan paparan skrin. Bahkan ia menjalankan sistem operasi HarmonyOS berdasarkan HMS, bukannya Android OS.

ARTIKEL BERKAITAN