Close

Maklumat awal siri Google Pixel 7 tertiris – Dijana cip Tensor generasi kedua bersama modem baharu Samsung

Walaupun Google belum lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenai siri Google Pixel 7. Namun telah ada ura ura mengenai Google Pixel 7 dan Pixel 7 Pro muncul di arena web. Siri Google Pixel 7 dijangka akan diumumkan pada Oktober ini merujuk kepada hari pelancaran siri Google Pixel sebelum ini.

Merujuk kepada maklumat tersebut, siri Google Pixel 7 akan dijana oleh cip Google Tensor generasi kedua dengan kod model GS201. Selain itu, siri Google Pixel 7 dan Pixel 7 Pro akan menggunakan kod nama “Cheetah” dan “Panther”. Pada siri Google Pixel dan Nexus Google menggunakan nama hidupan laut atau ikan sehinggalah pada siri Pixel 6 Google menggunakan kod nama dari jenis burung. Jadi tidak hairanlah jika pada siri Pixel 7 Google akan menggunakan nama baharu pada setiap keluaran baharu siri Pixel.

Selain dijana oleh Tensor Generasi kedua (GS201) ia juga akan digabungkan bersama modem baharu Samsung iaitu Eyxnos 5300 dengan kod model “g5300b” yang turut dikenali sebagai RavenClaw. Sebagai perbandingan pada siri Pixel 6 ia tampil dengan modem Exynos dengan kod model “g5123b”.

Pada tahun lalu, ketika cip Tensor pertama dibangunkan, Google telah melakukan ujian dalaman dengan menggantikan Snapdragon 765 pada beberapa unit Pixel 5 dengan cip Tensor. Kemudian model tersebut dinamakan sebagai Whitefin gabungan kepada “White” dari “Whitechapel” dan “Fin” dari kod nama Pixel 5 iaitu “Redfin”.

Secara keseluruhannya, maklumat ini masih lagi terawal memandangkan siri Pixel 7 dijangka akan diumumkan pada sekitar Oktober iaitu kira kira lapan bulan sebelum hari pelancaran. Akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa, sama sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN