Close

Malaysia di kedudukan ketiga dalam statistik ketagihan telefon pintar

Baru baru ini, Universiti McGill yang berpangkalan di Kanada ini telah mengeluarkan satu statistik mengenai kadar ketagihan penggunaan telefon pintar.  Kajian tersebut dijalankan pada lebih 33,831 peserta di 24 buah negara seluruh dunia dari tahun 2014 sehingga 2020.

Berdasarkan dari kajian yang dijalankan, memperlihatkan Malaysia berada di kedudukan ketiga teratas dalam senarai ketagihan telefon pintar diikuti Arab Saudi di tempat kedua dan China di tempat pertama. Manakala untuk tiga negara terbawah adalah Switzerland, Perancis dan juga Jerman.

Secara asasnya kajian ini lebih menfokuskan kepada orang dewasa muda dengan purata umur sekitar 28 tahun dengan 60% peserta kajian adalah wanita.

Menjelaskan mengapa skor yang diperolehi adalah berbeza di setiap negara. Ia mungkin disebabkan oleh norma sosial dan juga persekitaran di mana pengguna mempunyai keperluan untuk terus aktif atau mempunyai perniagaan yang memerlukan penggunaan telefon pintar.

Secara keseluruhan, keputusan statistik itu menunjukkan yang masalah ketagihan telefon pintar kini semakin meningkat di seluruh dunia, Dengan dunia yang sedang dilanda pandemik COVID19, statistik berbeza mungkin akan diperolehi jika data dikumpul sehingga tahun 2022.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN