Close

Motorola mempatenkan rekaan telefon boleh lipat dengan skrin utama di luar

Buat yang tidak mengetahui, Motorola merupakan salah satu pengeluar pertama yang membawakan peranti dengan skrin boleh lipat melalui Moto Razr dan Moto Razr versi 5G, namun selepas itu Motorola tidak lagi mengumumkan sebarang berita mengenai peranti boleh lipat mereka.

Baru-baru ini, Motorola dikatakan telah mempatenkan satu rekaan baru bagi telefon boleh lipat yang diberikan WIPO (World Intellectual Property Organisation). Panjang dan kecil sama seperti Razr tetapi skrin utamanya kini berada diluar dan boleh lipat. sekaligus menjadikan ia peranti dwi-paparan apabila dilipat.

Paten tersebut juga mendedahkan terdapatnya kamera yang berada di bahagian atas, dengan konsep rekaan kamera sebegitu ia menjadikan skrin bawah akan menjadi lebih pendek apabila dilipat. Isu utama pada peranti boleh lipat adalah mengenai engsel, bagi meminimumkan lipatan akan ada mekanisme bergerak yang membolehkan ia dilipat tanpa sebarang jurang.

Bercakap mengenai peranti ini akan dilancarkan atau tidak, ia masih terlalu awal. Kerana tidak semua rekaan yang dipatenkan akan dihasil dan dijual secara komersial. Namun apa yang pasti, Motorola mempunyai visi yang jelas mengenainya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN