Close

OnePlus 10 Pro dijangka hadir dengan OxygenOS untuk pasaran Global

Hari pelancaran bagi OnePlus 10 Pro untuk pasaran global dijangka akan diumumkan dalam beberapa minggu lagi. Menurut laporan, OnePlus 10 Pro dijangka akan memasuki pasaran global pada bulan Mac ini.

Tidak seperti pasaran China yang menjalankan sistem operasi dari Oppo iaitu ColorOS, bagi versi global ia dijangk akan menjalankan sistem operasi OxygenOS+ColorOS iaitu sistem operasi bersatu yang baharu diumumkan oleh OnePlus dan Oppo pada September lalu.

Siri OnePlus 10 telah disebut sebagai peranti pertama yang akan hadir dengan sistem operasi bersatu baharu itu. Namun, menurut dari laporan terbaru perkara tersebut dilihat tidak akan berlaku pada siri OnePlus 10. Bagi pasaran global, OnePlus 10 Pro dikatakan masih menjalankan sistem operasi OxygenOS.


Sistem operasi bersatu baharu dikatakan telah ditangguhkan buat sementara waktu berikutan garis masa sistem operasi tersebut dilihat tidak berapa jelas. Ia mungkin berita gembira buat peminat OnePlus di seluruh dunia, memandangkan kebanyakkan pengguna lebih menyukai OxygenOS berbanding ColorOS yang dijual untuk pasaran China.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN