Close

OnePlus 10 Pro Extreme Edition diumumkan dengan warna Putih dan memori sehingga 512GB


OnePlus 10 Pro telah pun dilancarkan secara rasmi di China pada Januari lalu, dijana dengan Snapdragon 8 Gen 1, menggunakan tri kamera Hasselblad 48MP+8MP+50MP dan turut menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 80W.

Ketika dilancarkan, OnePlus 10 Pro hanya ditawarkan dengan dua warna iaitu Hijau Emerald Forest dan Hitam Volcanic Black. Kini, OnePlus mengumumkan satu lagi warna iaitu Putih Panda White yang juga dikenali sebagai Extreme Edition. Pada warna baru ini ia tampil dengan bonggol kamera berwarna Hitam dan panel belakang berwarna Putih yang dibina dari panel Seramik


OnePlus 10 Pro Extreme Edition hanya ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 12GB RAM + 512GB ROM dan turut menjalankan sistem operasi ColorOS berasaskan Android 12. OnePlus 10 Pro Extreme Edition dijual pada RM 3,829 (CNY5,799) dan hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja pada setakat ini. OnePlus 10 Pro Extreme Edition akan sedia di pra tempah bermula hari ini dan akan dijual pada 1 Mac ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN