Close

OnePlus menjadualkan hari pelancaran Nord CE 2 5G pada 17 Februari ini

OnePlus hari ini telah mengumumkan hari pelancaran bagi OnePlus Nord CE 2 5G iaitu pada 17 Februari ini di India. Buat yang masih tidak mengetahui, siri Nord merupakan peranti kelas pertengahan dalam keluarga OnePlus.

Seiring dengan pengumuman tersebut, OnePlus telah memuatnaik satu video yang berdurasi 59 saat yang memperlihatkan reka bentuk Nord CE 2 5G. Melalui video tersebut, dapat dilihat Nord CE 5G akan tampil dengan kamera hadapan jenis berlubang di sudut kiri atas. Dan pada bahagian belakang ia membawakan rekaan kamera segi empat dengan tiga kamera.

Buat masa ini beberapa maklumat mengenai spesifikasi Nord CE 2 5G telah pun tertiris, di jana cip Dimensity 900, kamera utama 64MP, swafoto 16MP, pengecasan pantas SuperVOOC 65W dan bicu audio 3.5mm.

OnePlus Nord CE 5G akan berkongsi pentas dengan dua lagi produk baharu OnePlus iaitu TV pintar yang dikenali sebagai TV Y1S dan TV Y1S Edge. Menjelang hari pelancaran yang akan tiba beberapa sahaja lagi, kami menjangkakan akan lebih maklumat akan didedahkan,

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN