Close

OnePlus Nord CE 2 5G hadir dengan cip MediaTek Dimensity 900 dan pengecasan pantas 65W dengan harga sekitar RM1,338


OnePlus secara rasminya melancarkan OnePlus Nord CE 2 5G, selepas hampir 6 bulan OnePlus Nord 2 5G dilancarkan. OnePlus Nord Core Edition atau CE merupakan versi Nord 2 5G dalam versi yang lebih kompak.

Nord CE 2 5G membawakan skrin bersaiz 6.43 inci FHD+ Fluid AMOLED bersama paparan 90Hz. Di kuasakan Dimensity 900 5G yang digabungkan dengan RAM sehingga 8GB LPDDR4X dan storan dalam sehingga 128GB UFS 2.2. Bateri sebesar 4500mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 65W SuperVOOC yang disertakan didalam kotak.

Pada bahagian kamera, Nord CE 2 5G didatangakan dengan tetapan tri kamera dengan sensor utama 64MP, sudut ultra lebar 8MP dan makro 2MP. Untuk kamera hadapan ia tampil dengan 16MP bukannya 32MP seperti mana pada Nord 2 5G.

Ciri lain yang ditawarkan pada Nord CE 2 5G adalah seperti bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari dibawah skrin, WiFi 6, Bluetooh 5.2 dan Gorilla Glass 5. Menjalankan OxygenOS 11.3 berasaskan Android 11, dan menjanjikan kemaskini Android 12 berserta tiga tahun kemaskini keselamatan.

OnePlus Nord CE 2 5G hadir dengan dua pilihan warna iaitu Gray Mirror dan Bahama Blue. Harga jualan bermula dari RM1,338 (INR 23,999) untuk 6GB/128GB. Akan mula dijual pada 22 Februari di India manakala untuk pasaran Eropah bermula pada 10 Mac.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN