Close

Oppo sahkan kerjasama dengan Hasselblad pada siri Find X5


Oppo
secara rasmi mengumumkan yang mereka akan bekerjsama dengan jenama fotografi ikonik Sweden iaitu Hasselblad. Sekaligus mengesahkan laporan sebelum ini di mana terdapatnya logo Hasselblad pada panel belakang siri Find X5 Pro.


Sumber: WinFuture

Dengan kerjasama ini, sistem pengimejan siri Find X5 akan di tala oleh Hasselblad seperti mana yang dilakukan pada siri OnePlus 9. Namun tidak dapat dipastikan adakah kerjasama ini akan terhad kepada reka bentuk antara muka dan penentukur warna atau sebagainya. 

Oppo Find X5 dijangka akan hadir dengan sensor utama dari Sony iaitu IMX766 50MP  dengan piksel 1.0 µm manakala untuk sensor ultralebar dan telefoto akan menggunakan sensor 13MP dengan zum optik 5X. NPU yang dibangunkan sendiri oleh Oppo iaitu Cip MariSilicon akan turut digunakan pada sistem pengimejan siri Find X5.

Untuk spesifikasi awal, Oppo Find X5 Pro dijangka akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 bersama RAM sehingga 12 GB dan akan menggunakan nombor model CPH2305.  Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan mengenai siri Oppo Find X5 dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN