Close

Paten reka bentuk awal OnePlus 10 Ultra tertiris

Seperti yang kita tahu OnePlus 10 Pro telah pun dilancarkan dan telah mula dijual secara rasmi di China, namun untuk pasaran global ia masih lagi belum diumumkan tetapi mengikut kepada beberapa laporan ia mungkin akan dilancarkan pada bulan Mac ini.


Sumber: Tech Insider

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa laporan mengatakan OnePlus akan melancarkan siri baru dibawah OnePlus 10 iaitu OnePlus 10 Ultra. Di mana siri Ultra ia akan tampil dengan sistem kamera yang lebih baik dan diletakkan sebagai saingan kepada Galaxy S22 Ultra.

OnePlus 10 Ultra mungkin akan dibangunkan dengan gabungan teknologi dari Oppo dan OnePlus, memandangkan OnePlus kini berada dibawah naungan Oppo dan mempunyai keupayaan imej yang baik dengan MariSilicon NPU.

Untuk pertama kali paten reka bentuk OnePlus 10 Ultra telah tertiris di arena web melalui dari Tech Insider, yang memperlihatkan rekaan kamera segi empat tepat bersama kamera periskop dengan cermin bantuan. Imej awal ini juga dilaporkan telah difailkan pada September 2021.

OnePlus10 Ultra dijangka akan diumumkan pada separuh kedua tahun 2022, memandangkan buat masa ini tiada lagi versi “T” dilancarkan pada siri OnePlus 9. Ia mungkin waktu terbaik untuk OnePlus tampil dengan barisan baru iaitu versi Ultra yang mungkin akan menyelamatkan OnePlus memandangkan penjualan OnePlus 10 Pro dilihat hanya suam suam kuku.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN