Close

Pra-tempahan terbaru siri Samsung Galaxy S22 akan dapat percuma Galaxy Watch4

Samsung Malaysia dalam pengumuman terbaru mereka telah menawarkan hadiah yang dilihat menarik untuk pra-tempahan siri Galaxy S22 terbaru. Jika anda beli mana-mana model siri Galaxy S22, anda akan mendapat Galaxy Watch4 (40mm) yang bernilai RM899.
Menariknya khusus untuk Galaxy S22 Ultra 5G, anda akan mendapat hadiah tambahan iaitu LAMY Safari Twin Pen yang bernilai RM269. Pra-tempahan boleh dibuat sekarang sehingga 3 Mac ini dan boleh ditempah di mana-mana Samsung Experience Stores, Samsung Authorised Partners atau Samsung Online Store. 

Siri Galaxy S22 dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, terdapat peningkatan dari segi spesifikasi dan ciri baharu. Harga jualan rasmi Galaxy S22 bermula RM3,499 untuk 8GB + 128GB, Galaxy S22+ bermula RM4,099 untuk 8GB + 128GB dan Galaxy S22 Ultra bermula RM5,099 untuk 8GB + 128GB. 

ARTIKEL BERKAITAN