Close

Redmi K50 Gaming Edition dijangka hadir dengan sistem penyejuk dan butang pemicu yang lebih baik


Redmi telah pun menjadualkan hari pelancaran bagi Redmi K50 Gaming Edition iaitu pada 16 Februari di China. Berikutan dari itu, Redmi telah pun memberikan beberapa butiran awal mengenainya spesifikasi yang akan dibawa pada K50 Gaming Edition.

Melalui Redmi K50 Gaming Edition, Redmi menjanjikan sistem penyejukkan yang lebih baik dengan menambah ruang wap sehingga 4,860 meter persegi dan mereka bentuk semula bahagian dalaman telefon. Dengan perubahan tersebut ia memberikan sehingga 40% pelesapan haba sekaligus dapat memberikan pengalaman bermain ditahap tertinggi dengan kadar suhu yang optimum.

Selain itu, Redmi turut menambahbaik butang trigger pada K50 Gaming Edition dengan membawakan rekaan butang yang sedikit bulat sepadan dengan bahagian sisi. Seterusnya lebih dari 40 mekanisme kompleks yang digunakan juga telah direka bentuk semula.

Bercakap mengenai rekaan, K50 Gaming Edition dijangka akan membawakan rekaan seumpama K40 Enhanced Edition namun dengan beberapa perubahan kecil. Spesifikasi lain yang akan dibawa oleh K50 Gaming Edition adalah dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, paparan OLED 120Hz dan kamera utama 64MP IMX686. 


Dengan hari pelancaran yang bakal tiba beberapa sahaja lagi, kami menjangkakan lebih banyak butiran akan didedahkan mengenai Redmi K50 Gaming Edition. Sama sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN