Close

Redmi K50 Gaming Edition kini rasmi – Snapdragon 8 Gen 1, paparan 120Hz dan pengecasan pantas 120W dengan harga sekitar RM2178

Seperti yang telah diumumkan oleh Xiaomi sebelum ini, Redmi  K50 Gaming Edition kini telah pun diumunkan secara rasmi di China. Merupakan model pertama dari siri K bagi tahun ini, dan seperti namanya model ini menfokuskan kepada pengalaman permainan tahap tertinggi.

Redmi K50 Gaming Edition hadir dengan skrin AMOLED 6.67 inci FHD+ , paparan 120Hz bersama touch sampling rate pada kadar 480Hz. Turut menyokong 10bit warna dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus. Dijana dengan Snapdragon 8 Gen 1, RAM sehingga 12GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. 

Untuk spesifikasi kamera, Redmi K50 Gaming Edition membawakan tetapan tiga kamera iaitu kamera utama 64MP IMX 686, ultralebar 8MP dan telemakro 2MP, untuk kamera hadapan ia tampil dengan 20MP IMX 596. Bateri 4700mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 120W yang turut disertakan dalam kotak.

Fungsi lain yang dibawakan pada Redmi K50 Gaming Edition adalah seperti empat pembesar suara JBL untuk audio yang lebih immersif, pengimbas cap jari disisi, butang trigger fizikal, sistem vibration CyberEngine dan turut menyokong WiFI 6. Untuk sistem penyejukkan ia tampil dengan teknologi dwi wap yang menggunakan radiator tembaga bersama dua kepingan graphite.

Xiaomi menawarkan peranti ini dalam tiga pilihan warna iaitu Hitam, Biru dan Perak. Dengan harga jualan bermula dari RM2,178 (CNY 3,299) untuk 8GB/128GB, RM2,377 (CNY 3,599)12GB/128GB, dan RM 2,574 CNY 3,899 untuk 12GB/256GB. Bagi Edisi Mercedes AMG Petronas F1 ia dijual pada RM2,773 (CNY 4,199) dengan 12GB/256GB.

Buat masa ini Redmi K50 Gaming Edition ini hanya tersedia untuk pasaran China dengan penjualan bermula pada 18 Februari ini. Untuk pasaran Global ia masih belum lagi diumumkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN