Close

Rekaan awal siri Google Pixel 7 tertiris membawakan rekaan seumpama Google Pixel 6

Sumber : OnLeaks

Walaupun ia masih terawal untuk diperkatakan, namun beberapa laporan awal mengenai siri Google Pixel 7 telah bertiup kencang. Laporan sebelum menyatakan yang siri Google Pixel 7 akan dikuasakan oleh cip Tensor generasi kedua bersama modem baharu Samsung.

Sumber : Xleaks7

Namun laporan kali ini lebih mengujakan, di mana render awal siri Google Pixel 7 telah tertiris di arena web. Render awal CAD tersebut telah dikongsi oleh xLeaks7 melalui Twitternya yang didakwa sebagai Google Pixel 7.

Sumber : OnLeaks

Melalui render imej tersebut, ia memperlihatkan siri Google Pixel 7 mengekalkan reka bentuk yang sama seperti pada siri Google Pixle 6. Pada render Pixel 7 dapat dilihat tiada sebarang penambahan pada sensor kamera belakang di mana ia masih membawakan tetapan dwi kamera.

Sumber : OnLeaks

Pada render imej Pixel 7 Pro, dapat diperhatikan yang sensor kameranya berbeza dari Pixel 6 Pro di mana ia tampil dengan sensor yang lebih besar bersama susunan kamera yang sedikit berbeza. Walaubagaimanapun sensor yang akan digunakan pada Pixel 7 Pro masih lagi tidak diketahui. Pada bahagian hadapan ia dilihat sama seperti rekaan sebelum ini dengan skrin jenis melengkung bersama kamera swafoto di tengah.

Sumber : OnLeaks

Masih terlalu awal untuk mengatakan ia akan menjadi rekaan akhir bagi siri Google Pixel 7. Kerana Google masih mempunyai banyak waktu sebelum hari pelancaran yang dijangka pada Oktober ini. Akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa, sama sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN