Close

Siri Galaxy S22 dibina dengan menggunakan bahan kitar semula dari Lautan


Samsung nampaknya bukan sahaja akan tampil dengan peranti baru, tetapi Samsung juga akan tampil dengan bahan baharu yang digunakan pada produk mereka. Yang mana pada siri Galaxy S22, Samsung akan menggunakan bahan binaan dari bahan yang kitar semula.

Sehubungan dengan itu, Samsung telah berjaya membangunkan bahan baharu yang menggabungkan teknologi dan inovasi dalam menggunakan semula plastik dari lautan. Secara asasnya bahan kitar semula dari Lautan itu adalah jaring ikan marin yang telah dibuang dan direka bentuk semula bagi meminimumkan kesannya terhadap alam sekitar.

Memetik laporan daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengatakan yang 640,000 tan pukat ikan dibuang di lautan setiap tahun, yang sekaligus menimbulkan ancaman kepada hidupan marin dan terumbu karang.

 

Usaha hijau Samsung ini adalah mengikut jejak langkah pengeluar teknologi lain seperti Microsoft, Adidas dan Skagen yang turut menggunakan bahan plastik lautan kitar semula dalam menghasilkan produk mereka.

Samsung turut menyatakan yang mereka akan menggunakan bahan binaan dari plastik marin pada semua produk keluarannya. Di mana siri Galaxy S22 akan menjadi peranti pertama yang akan menggunakannya. Lebih banyak  maklumat mengenainya akan didedahkan pada acara Galaxy Unpacked yang akan berlangsung pada 9 Februari ini, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN