Close

Siri iPhone 14 mungkin hadir dengan RAM sehingga 8GB


Apple nampaknya akan mula menghasilkan iPhone dengan RAM sehingga 8GB pada siri iPhone 14. Ia sekaligus menjadikan ia iPhone dengan RAM paling tinggi pernah ditawarkan oleh Apple. Pada siri iPhone 12 dan iPhone 13 kedua duanya dilancarkan dengan 6GB RAM.

Menurut maklumat dari “yeux1122” melalui blog Korea Naver, Apple dikatakan akan menyertakan RAM sehingga 8GB pada iPhone 14 Pro. Sumber yang diperolehi dari rantaian bekalan domestik yang membekalkan komponen pada siri iPhone 14. Ia juga mengesahkan jumlah memori yang digunakan dan turut menyatakan ia kini dalam pengeluaran besar besaran.

Penganalisis Jeff Pu dari Haitong International Securities turut menyatakan perkara yang sama di mana Apple akan mula menawarkan RAM sehingga 8GB sekurang kurang pada iPhone 14 Pro Dan iPhone 14 Pro Max. 

Dengan penawaran RAM sehingga 8GB ia sekaligus akan meletakkan iPhone 14 Pro berada sebaris dengan penawaran Samsung Galaxy S22 yang baru sahaja diumumkan baru baru ini. Selain itu, siri iPhone 14 turut dijangka hadir dengan kamera sehingga 48MP.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN