Close

Siri Samsung Galaxy S22 sah akan hadir dengan S-Pen

Samsung telah pun mengumumkan acara Galaxy Unpacked bagi siri Galaxy S22 pada 9 Februari ini. Berikutan dari itu, Samsung telah berkongsi video promosi berdurasi 6 saat melalui Twitternya yang mengesahkan siri Galaxy S22 akan hadir dengan sokongan S Pen.
Melalui video promosi yang dikongsi, telah memperlihatkan dengan jelas stylus S-Pen dalam video tersebut. Ia sekaligus mengesahkan siri Galaxy S22 akan hadir dengan S Pen. Samsung sebelum ini juga telah mengesahkan tidak lagi menghasilkan siri Galaxy Note dan akan membawakan ciri Galaxy Note pada siri Samsung Galaxy S.
Pada acara Galaxy Unpacked kelak, tiga peranti akan dilancarkan iaitu Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Plus. Antara spesifikasi yang akan hadir pada siri Galaxy S22 adalah dijana cip Exynos 2200 atau Snapdragon 8 Gen 1, paparan 120Hz, kamera utama sehingga 108MP dan bateri sehingga 5000mAh.

ARTIKEL BERKAITAN