Close

Aplikasi Telegram diharamkan di Brazil – Berikutan digunakan sebagai medium penyebaran maklumat palsu

Aplikasi permesejan popular iaitu Telegram telah diharamkan di Brazil berikutan dari keputusan Mahkamah Tinggi Brazil, yang menganggap aplikasi tersebut gagal mematuhi arahan untuk berkongsi maklumat mengenai perkongsian kandungan berbahaya.

Keputusan itu mengakibatkan Telegram akan dialih keluar daripada platform digital di Brazil seperti Apple Store dan Google Store. Selain itu, semua syarikat telekomunikasi di Brazil turut diarahkan untuk menghentikan perkhidmatan Telegram atau jika gagal mematuhi, denda sebanyak R$100,000 (RM83,479) sehari akan dikenakan.

Sebelum ini, Telegram telah disiasat di Brazil berikutan terdapat laporan mengatakan yang aplikasi tersebut telah digunakan oleh ahli politik Brazil untuk menyebarkan maklumat palsu. Terdapat juga laporan lain mengatakan Telegram juga digunakan sebagai saluran jenayah yang menyediakan akses kepada senjata api, dadah dan juga kandungan terlarang lain.

CEO Telegram iaitu Pavel Durov telahpun mengeluarkan permohonan maaf berikutan masalah tersebut dan meminta mahkamah tinggi Brazil untuk menangguhkan arahan selama beberapa hari sementara Telegram berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN