Terkini, Vanced Official melalui Twitter rasmi mendedahkan yang projek mereka akan ditutup sekaligus menamatkan perkhidmatannya. Berikutan itu, pautan muat turun di laman web mereka juga akan dibuang dalam beberapa hari lagi.
Menurut pemilik Vanced Official, penamatan perkhidmatan mereka adalah di atas sebab undang - undang merujuk kepada surat yang diterima dari Google. Menambahnya lagi, ia bukanlah sesuatu yang ingin didengar oleh pengguna namun ia adalah sesuatu yang perlu mereka lakukan.
Buat masa ini, aplikasi Vanced masih lagi boleh digunakan dan juga boleh di pasang. Namun, selepas ini tidak akan ada lagi kemas kini akan diberikan dan dalam jangka masa dua tahun aplikasi tersebut tidak lagi boleh digunakan.