Close

Apple catat keuntungan tambahan RM27 Billion selepas tidak lagi menyertakan aksesori di dalam kotak

Seperti yang kita tahu,  Apple telah melancarkan siri iPhone 12 tanpa palam pengecas dan EarPods di dalam kotak. Menurut Apple, langkah ini diambil bagi mengurangkan Electronic Waste dan beranggapan pengguna telah mempunyai kedua-dua aksesories tersebut.

 

Selepas menganalisis keuntungan daripada ketiadaan aksesori di dalam kotak. Apple berjaya mengurangkan kos penghantaran sebanyak 40% sekaligus memberikan keuntungan tambahan sebanyak $6.5 Billion (~RM 27 Billion). Keuntungan tambahan ini dikira berdasarkan dari jualan setiap telefon dengan purata keuntungan sebanyak $35. Dengan pengurangan kos penghantaran, ia membolehkan Apple menghantar lebih banyak iPhone iaitu 70% lebih banyak dalam sesuatu masa.

Apple turut mendedahkan, walaupun siri iPhone 12 dijual tanpa aksesories di dalam kotak, Ia telah berjaya menjuals ebanyak 190 Juta unit di seluruh dunia. Keuntungan tambahan ini juga termasuk dengan penjualan aksesories yang  sebelum ini tersedia di dalam kotak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN