Close

Apple dijangka akan menggunakan kamera di bawah skrin pada siri iPhone 15

Pada tahun ini siri iPhone 14 dijangka akan mula menggunakan kamera hadapan jenis punch hole dengan reka bentuk pil. Namun pada siri iPhone 15, Apple mungkin tidak akan menggunakan kamera hadapan yang sama sebaliknya akan menggunakan kamera hadapan di bawah skrin.

Menurut laporan baharu dari The Elec, Samsung Display dan OTI Lumionics dikatakan sedang membangunkan generasi baharu teknologi kamera dibawah skrin. Dijangka akan digunakan pada Galaxy Z Fold 5 pada tahun depan dan seterusnya akan digunakan pada model iPhone 15 Pro pada musim luruh 2023.

Teknologi baharu kamera di bawah skrin ini menggunakan organic cathode patterning material (CPM) yang membolehkan microscopic transparent dibuka dalam katod dan lapisan piksel OLED sekaligus menjadikan paparan telus. Dengan teknologi ini ia membenarkan Apple untuk meletakkan sensor Face ID di bawah skrin dan menjadikan iPhone 2023 hadir dengan skrin penuh.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN