Close

Siri iPhone 13 kini ditawarkan dalam pilihan warna Hijau

Pada acara pelancaran iPhone SE 2022, Apple turut mengumumkan beberapa produk baru mereka termasuk dengan penawaran warna baharu pada siri iPhone 13.



Pilihan warna Hijau ini hadir pada semua barisan iPhone 13, namun pada model iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max ia tampil dengan warna Hijau yang lebih istimewa iaitu Alpine Green. Di mana warna Alpine Green ini dihasilkan melalui lapisan berbilang seramik metalik dengan skala nanometer pada permukaannya.

Dengan penawaran warna bahaaru ini menjadikan model iPhone 13 dan iPhone 13 mini kini hadir dengan enam pilihan warna iaitu Starlight, Midnight, Blue, Pink, Red dan juga Hijau. Manakala model iPhone 13 Pro dan Pro Max kini mempunyai lima pilihan warna iaitu Graphite, Gold, Silver, Sierra Blue dan Alpine Green.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan warna baharu siri iPhone 13, ia kini boleh dibeli melalui laman web rasmi Apple atau pengedar rasmi Apple di seluruh Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN