Close

Apple menjadualkan acara khas pada 8 Mac ini – iPhone SE 2022 dan MacBook dengan cip baru mungkin akan diperkenalkan

Apple baru-baru ini telah mengumumkan acara khas pada 8 Mac ini yang boleh ditonton melalui laman web rasmi Apple atau YouTube yang berlangsung sekitar jam 2.00 AM (Rabu, 9 Mac) waktu Malaysia dan ini adalah acara pertama Apple pada tahun 2022.

Dalam acara ini, Apple akan memperkenalkan beberapa peranti baharu. Berdasarkan ura-ura, Apple mungkin akan perkenalkan iPhone SE generasi ke-3 dengan rekaan seperti iPhone 8, tapi dengan cip A15 Bionic (5G) dan terdapat beberapa penaiktarafan dengan harga lebih mampu milik.

Selain itu, Apple juga dijangka akan turut perkenalkan generasi baru Mac mini, MacBook Air dan MacBook Pro 13-inci yang dijana dengan cip pemproses baharu seperti yang dinyatakan pada tema acara kali ini, ‘Peek Performance’

Jika dilihat dari gambar tema, terdapat pelbagai pilihan warna yang dipaparkan. Pada acara awal tahun lepas, Apple perkenalkan iPhone 12/mini dengan warna ungu baharu. Kali ini, Apple juga mungkin akan perkenalkan warna baharu buat siri iPhone 13. Apa pun, sama-sama kita nantikan pada

ARTIKEL BERKAITAN