Close

Apple mungkin perkenal cara baru membeli iPhone melalui langganan bulanan

Buat ketika ini, Apple telah pun menyediakan perkhidmatan langganan pada aplikasi mereka. Mungkin pada masa akan datang pengguna tidak lagi perlu membeli iPhone secara terus, sebaliknya Apple mungkin akan menawarkan cara baharu membeli iPhone iaitu melalui langganan bulanan.

Memetik laporan dari Mark Gurman, Apple dikatakan sedang menyediakan cara baharu untuk membeli iPhone dan iPad melalui perkhidmatan berasaskan langgananbulanan. Secara asasnya, perkhidmatan ini membolehkan pengguna untuk memiliki iPhone atau iPad pilihan mereka dengan membayar yuran yang di tetapkan dan boleh menaik taraf model baharu secara percuma.

Perkhidmatan yang akan disediakan oleh Apple adalah sedikit berbeza daripada pelan ansuran yang terdapat di luar sana. Kerana yuran yang ditetapkan bukanlah kos untuk sebuah iPhone atau iPad  yang dibahagikan kepada 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan. Sebaliknya perkhidmatan langganan ini akan terikat pada akaun Apple ID pengguna dan mungkin akan mengabungkan perkhidmatan langganan lain seperti Apple Care, Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade, iCloud+, Apple News+ dan Apple Fitness+.

Buat masa ini, perkhidmatan langganan masih lagi dalam fasa awal pembangunan, namun perkhidmatan ini mungkin akan bermula pada penghujung tahun ini atau seawal tahun 2023. Apple bukanlah yang pertama memperkenalkan perkhidmatan ini, Google telah pun memperkenalkan perkhidmatan ini di Amerika Syarikat melalui Pixel Pass yang membolehkan pengguna memilih Pixel 6 atau Pixel 6 Pro yang digabungkan dengan perkhidmatan Google yang lain dengan harga bermula RM189 ($45) hingga RM231 ($55) sebulan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN