Close

Apple umumkan iPhone SE 2022 dengan cip Bionic A15, rangkaian 5G dan kamera yang lebih baik


Apple hari ini secara rasminya mengumumkan iPhone SE generasi ketiga dikenali sebagai iPhone SE 2022. Melaluinya Apple menawarkan spesifikasi dalaman yang lebih baik tetapi masih mengekalkan rekaan yang sama seperti iPhone SE 2020.


iPhone SE 2022 dijana dengan A15 Bionic yang sama seperti pada siri iPhone 13 dan merupakan cip telefon pintar terpantas yang ada di pasaran ketika ini. Skrin bersaiz 4.7 inci Liquid Retina dengan bezel agak yang tebal menjadikan saiznya lebih besar dari iPhone mini. Menggunakan panel skrin dengan Perisai Seramik yang sama seperti pada iPhone 13 Pro. Dan masih menggunakan Touch ID berbanding Face ID.

Dari segi kamera, iPhone SE 2022 membawakan tetapan satu kamera belakang dengan sensor 12MP,  bersamanya Apple membawakan ciri seperti Smart HDR 4, Photographic Styles dan juga Deep Fusion. Selain itu iPhone SE 2022 juga turut mempunyai penarafan IP 67.


Untuk pasaran, iPhone SE 2022 hadir dengan tiga piliha warna iaitu White, Black dan Red yang di datangkan dengan tiga pilihan storan iaitu 64GB, 128GB dan 256GB. Bagi harga jualan di Malaysia ia bermula dari RM2099 untuk 64GB, RM2299 128GB dan RM2799 untuk 256GB. Untuk Pra tempahan di Malaysia ia akan bermula pada 18 Mac ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN