Close

Black Shark 5 Pro diumumkan – Snapdragon 8 Gen 1, storan SSD, 16GB RAM dan pengecasan pantas 120W

Black Shark telah mengumumkan siri Black Shark 5 terbaru dengan membawakan tiga model iaitu Black Shark 5 Pro (SD 8 Gen 1), Black Shark 5 RS (SD 888+) dan juga Black Shark 5 (SD 870). Ketiga tiga model ini dijana dengan cip yang berbeza namun masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menfokuskan kepada permainan.

Yang pasti menjadi tumpuan utama adalah model paling berkuasa iaitu Black Shark 5 Pro, tampil dengan skrin bersaiz 6.67 FHD+, paparan 144Hz, 720Hz touch sampling rate dan dikuasakan dengan Snapdragon 8 Gen 1.


Di datangkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB dengan menggunakan teknologi SSD + UFS3.1. Teknologi gabungan storan SSD + UFS 3.1 baru ini dikenali sebagai Disk Array yang meningkatkan lagi prestasi membaca dan menulis dengan lebih pantas. Ia juga menggunakan LPDDR5 dengan 6,400 Mbps.

Black Shark 5 Pro juga dimuatkan dengan bateri berprestasi tinggi dengan kapasiti 4,650mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 120W. Mampu mengecas 0% ke 100% hanya dalam 15 minit sahaja. Ia turut mempunyai ciri battery bypass untuk permainan.

Pada bahagian fotografi, Black Shark 5 Pro tampil dengan tetapan tri kamera dengan sensor utama 108MP, di ikuti sensor ultra lebar 13MP dan sensor telefoto 5MP. Untuk kamera swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP.

Black Shark 5 Pro turut mempunyai pembesar suara dengan skor tertinggi dalam carta DxOMark Audio dengan skor 86 mata. Antara ciri lain yang dibawakan seperti menggunakan empat mikrofon, motor haptic linear dengan paksi X, butang trigger, dan menjalankan JoyUI 13 berasaskan Android 12.

Untuk harga pasaran, siri Black Shark 5 dijual dengan tanda harga bermula dari RM2,781 (CNY 4,200) dan akan mula dijual pada 2 April ini untuk pasaran China. Untuk pasaran Malaysia dan Global belum ada sebarang tarikh di umumkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN