Close

Cip A16 hanya akan digunakan pada iPhone 14 Pro sahaja, selebihnya kekal dengan Cip A15


Apple sedia untuk melancarkan generasi iPhone yang seterusnya yang dijangka akan dilancarkan pada sekitar September tahun ini. Berikutan dari itu, maklumat awal mengenai siri iPhone seterusnya terus menerus tersebar di arena web.

Terkini, melalui penganalisis terkenal iaitu Ming-Chi Kuo , telah menulis di Twitternya yang mengatakan hanya model Pro iaitu iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max sahaja akan hadir dengan cip terbaru A16, manakala model standard iPhone 14 dan iPhone 14 Max akan kekal menggunakan cip A15.

Selain dari perbezaan cip, model Pro iaitu iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan hadir dengan RAM LPDDR5 manakala untuk model standard iaitu iPhone 14 dan iPhone 14 Max akan hadir dengan RAM LPDDR4X. Namun begitu, dari segi kapasiti ia akan hadir dengan kapasiti RAM yang sama iaitu 6GB.

Dengan penawaran spesifikasi yang berbeza pada siri iPhone 14, Apple nampaknya mula membezakan siri iPhone di antara model Pro dan juga model standard. Yang mana jika sebelum ini perbezaan tersebut boleh dilihat dari segi kamera, saiz peranti dan bateri namun kali ini ia membawakan perbezaan yang lebih ketara.

Dan jika perkara ini terjadi, ia akan merubah sejarah penghasilan iPhone dan akan menjadi permulaan kepada generasi iPhone yang seterusnya. Memandangkan isu cip terus melanda, kebarangkalian perkara ini terjadi adalah sangat tinggi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN