Close

Ferrari 296 GTB dilancarkan di Malaysia – Enjin 2.9L V6 PHEV dengan kuasa 830 PS berharga sekitar RM1.228 juta

Naza Italia Malaysia hari ini telahpun melancarkan kereta terbaru, Ferrari 296 GTB yang menggunakan enjin 2.9L Plug-in Hybrid V6 (6-silinder) dengan harga bermula RM1.228 juta di Malaysia.

Jika ikut sejarah kereta Ferrari, sudah berpuluh tahun Ferrari tidak gunakan enjin V6, dan kali ini untuk kereta Plug-in Hybrid (PHEV) kedua mereka selepas SF90 Stradela, Ferrari menggunakan enjin V6 dengan anjakan 2996 cc pada 296 GTB dan turut menggunakan bateri 7.45 Kw yang menjadikan 296 GTB mencapai kuasa sehingga 830 PS (818 hp) dan 740 Nm.

Menggunakan kotak gear 8-kelajuan, mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 2.9 saat dan kelajuan maksimum sehingga 330 km/j. Untuk pemanduan elektrik sepenuhnya, 296 GTB mampu bergerak sejauh 25 km dengan kelajuan 135 km/j. 

Rekaan 296 GTB masih sinonim seperti rekaan yang diperkenalkan pada SF90 Stradela, dengan rupa yang modern, material yang serba premium dan gabungan carbon fibre yang membuatkan tak jemu mata memandang.

Fakta menarik, nama yang diberi pada model ini juga diinspirasikan dari spesifikasi dan kebolehan kereta ini sendiri. Ferrari 296 GTB yang bermaksud 2.9L enjin 6-silinder Gran Turismo Berlinetta.

ARTIKEL BERKAITAN