Close

Google Pixel Watch dan Pixel 6a dijangka memasuki pasaran pada bulan Mei ini

Sumber: Jon Prosser

Seperti yang kita tahu, Google akan mengumumkan pengganti kepada Pixel 5a yang akan dikenali sebagai Pixel 6a. Bersamanya Google dijangka akan turut mengumumkan Google Pixel Watch yang merupakan jam tangan pintar pertama dari Google.

Walaupun Google belum lagi mendedahkan sebarang butiran mengenai peranti tersebut, tetapi apa yang menarik adalah kedua dua peranti tersebut dikatakan telah pun muncul dalam sistem inventori di Amerika Syarikat.

Menurut dari sumber, kod peranti dengan nama “Rohan” dan “Bluejay” di lihat tersenarai dalam inventori di mana kod nama tersebut di lihat sepadan dengan kod nama yang tertiris sebelum ini iaitu Rohan merujuk kepada Pixel Watch manakala Bluejay pula adalah Pixel 6a.


Sumber : Jon Prosser
Sumber : OnLeaks

Penyeneraian itu turut mendedahkan warna yang akan ditawarkan oleh Google pada Pixel Watch dan Pixel 6a. Untuk Pixel Watch ia tampil dengan tiga pilihan warna iaitu gray, black, dan gold bersama storan dalaman 32GB. Sementara untuk Pixel 6a ia juga tampil dengan tiga pilihan warna iaitu black, white, dan green dengan storan dalaman 128GB.

Walaubagaimanapun, penyenaraian tersebut tidak mendedahkan mengenai harga dan juga ketersediaan bagi kedua kedua model. Namun laporan sebelum ini menjangkakan Pixel 6a akan memasuki pasaran pada bulan Mei tahun ini. Kami turut menjangkakan yang Google akan turut mengumumkan Pixel 6a  bersama Pixel Watch.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN