Menurut dari laporan DigiTimes, HTC dijangka akan membuat kemunculan semula melalui peranti andalan yang menfokuskan kepada VR dan AR. Peranti ini akan dibina berdasarkan dari platform Metaverse namun berasaskan dari sumber terbuka HTC yang dikenali sebagai Viveverse.
Dengan penawaran peranti yang berpaksikan Metaverse, HTC mungkin menjadi peranti pertama seumpama itu selepas mereka turut menjadi yang pertama menghasilkan peranti yang berasaskan blockchain dan cryptocurrency. Peranti ini dijangka akan diumumkan pada awal April ini, sama sama kita nantikan.