Close

Hyundai IONIQ 5 dengan kuasa 305 PS dan 605 Nm kini rasmi di Malaysia – Harga bermula RM199,888

Hyundai Malaysia baru-baru ini telahpun melancarkan kereta elektrik sepenuhnya (EV) bersaiz SUV terbaru mereka, IONIQ 5 versi import sepenuhnya (CBU) dengan rekaan yang futuristik dan unik.

Terdapat 3 pilihan varian iaitu Lite (RM199,888) dengan bateri 58 kWh RWD, Plus (RM229,888) dengan bateri 58 kWh RWD dan Max (RM259,888) dengan bateri 72.6 kWh dwi-motor AWD. Setiap varian mempunyai beberapa perbezaan dari segi kuasa dan bateri.

Dari segi kuasa, untuk versi 58 kWh RWD mempunyai 170 PS (125 kW) dan 350 Nm yang mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 8.5 saat. Manakala untuk 72.6 kWh dwi-motor AWD mempunyai kuasa 305 PS (225 kW) dan 605 Nm yang mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 5.2 saat. Semua varian mempunyai had kelajuan sehingga 185 km/j sahaja.

Semua varian IONIQ 5 mempunyai jaminan waranti 2 tahun atau 50,000 KM dan untuk jaminan bateri, Hyundai menawarkan waranti sehingga 8 tahun atau 160,000 KM. Untuk penambahan jaminan waranti, anda perlu menambah RM10,000 untuk 5 tahun (100,000 KM) dan termasuk servis penyelenggaraan untuk 3 tahun atau 50,000 KM.

Hyundai Malaysia juga turut menawarkan pengecasan rumah dengan harga RM6,000 untuk pengecasan AC 7 kW dan RM7000 untuk pengecasan AC 22 kW.  Harga berikut termasuk sekali dengan kos pemasangan dan mungkin akan ada sedikit penambahan kos untuk sambungan kabel dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN