Close

Imej awal reka bentuk Nothing Phone (1) tertiris

Acara “The Truth” yang berlangsung semalam mengesahkan yang Nothing akan hadir dengan telefon pinter pertama mereka dikenali sebagai Nothing Phone (1). Peranti tersebut juga akan menggunakan sistem operasi khas iaitu Nothing OS.

Pada acara tersebut, Carl Pei tidak mendedahkan maklumat mengenai reka bentuk bahkan juga spesifikasinya. Namun, apa yang menarik. terdapat spekulasi mengatakan grafik yang diperlihatkan pada acara pengumuman tersebut adalah rekaan panel belakang bagi Nothing Phone (1).

Berikutan itu, Ben Geskin melalui Twitternya telah berkongsi rekaan panel belakang yang dipadankan dengan grafik yang diperlihatkan semasa acara pengumuman. Melalui imej tersebut ia memperlihatkan Nothing Phone (1) akan tampil dengan rekaan panel belakang jenis lutsinar bersama dengan tetapan dua kamera belakang.

Jika rekaan ini benar akan digunakan pada Phone (1), secara keseluruhanya ia seperti rekaan iPhone X namun dengan elemen tambahan seperti panel belakang lutsinar ia mungkin akan menjadi lebih menarik dan unik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN