Close

Ini mungkin rekaan yang akan digunakan pada Xiaomi 12 Ultra

Ia bukanlah satu lagi rahsia mengenai Xiaomi masih lagi belum mengumumkan Xiaomi 12 versi Ultra. Di mana Xiaomi sebelum ini konsisten dalam menawarkan peranti yang di klasifkasikan sebagai paling premium untuk siri flagship Xiaomi.

Melalui sumber terkini, terdapat beberapa render awal yang memperlihatkan reka bentuk Xiaomi 12 Ultra tertiris di arena web. Berdasarkan render awal tersebut dapat dilihat ia tidak lagi membawakan rekaan skrin tambahan seperti model sebelum ini. Sebaliknya ia tampil dengan rekaan kamera berbentuk bulat yang besar. 

Melalui rekaan kamera berbentuk bulat, kami menjangkakan yang Xiaomi 12 Ultra sekurang kurangnya akan tampil dengan tetapan empat kamera belakang. Antaranya adalah kamera periskop, kamera zum optik dengan 5x, kamera telefoto dan juga kamera utama.

Dari segi spesifikasi, laporan awal mengatakan yang Xiaomi 12 Ultra akan hadir dengan panel QHD + AMOLED 120Hz, RAM sehingga 16GB dan memori sehingga 512GB. Untuk pengecasan ia mungkin hadir dengan 120W atau 150W dengan bateri 5000mAh. Dan untuk menjadikan ia sebagai telefon dengan kamera terbaik di pasaran ia mungkin hadir dengan kamera dari Leica.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN