Close

iOS 15.4 kini boleh dikemaskini – Ciri aktifkan Face ID walaupun guna pelitup muka turut tersedia

Apple telahpun melepaskan kemaskini iOS 15.4 terbaru untuk pengguna di Malaysia yang akan membaikpulih pepijat dan memberikan beberapa ciri baharu pada versi iOS kali ini.

Antara ciri paling ramai nantikan adalah aktifkan skrin melalui Face ID walaupun menggunakan pelitup muka. Pengguna tidak lagi perlu bergantung pada Apple Watch atau perlu membuka pelitup muka jika ingin mengaktifkan skrin iPhone.

Namun untuk fungsi tersebut, ia hanya menyokong buat model iPhone 12 dan model iPhone terbaru yang mempunyai Face ID sahaja, tidak termasuk iPhone SE 2022.

Selain dari ciri baru pada Face ID, iOS 15.4 juga turut hadir dengan pilihan lebih 100 emoji baharu, pilihan suara baru untuk Siri, sokongan kad digital pengesahan vaksin COVID di Apple Wallet dan banyak lagi. 

ARTIKEL BERKAITAN