Close

iPad Air (2022) kini hadir dengan cip Apple M1, rangkaian 5G dan kamera swafoto 12MP

Dalam pelancaran Apple baru-baru ini, iPad Air (2022) salah satu peranti yang turut diperkenalkan dengan rekaan yang masih sama seperti iPad Air (2020), tapi dengan naiktaraf prestasi dan beberapa perkara lain lagi.

iPad Air generasi ke-5 kali ini dijana dengan cip Apple M1, menyokong rangkaian 5G untuk versi Cellular dan menggunakan kamera swafoto 12MP ultra sudut lebar yang turut ada fungsi Center Stage sepertimana yang Apple perkenalkan pada iPad Pro sebelum ini.

Terdapat warna Ungu baharu dan 2 pilihan storan sahaja iaitu 64GB dan 256GB. Harga untuk pasaran Malaysia ditawarkan dengan harga bermula RM2699 untuk versi 64GB WiFi dan mencecah RM3999 untuk versi 256GB WiFi + Cellular.

ARTIKEL BERKAITAN