Pada acara Apple baru-baru ini, Apple telah perkenalkan pilihan warna hijau baharu untuk siri iPhone 13, iaitu Alpine Green buat versi Pro dan Green yang dilihat lebih gelap sedikit buat versi biasa. iPhone SE (2022) juga turut diperkenalkan dengan rekaan lama, tapi cip A15 Bionic (5G) dan sedikit naiktaraf.
Jika anda berhajat untuk menempah produk yang baru sahaja Apple lancarkan ini, anda sudah boleh membuat pra-tempahan di Malaysia bermula dari hari ini, Jumaat (18 Mac 2022).
Untuk pilihan siri iPhone 13 yang berwarna hijau dan iPhone SE (2022), pembelian akan tersedia pada 25 Mac ini. Tiada sebarang perubahan harga untuk siri iPhone 13 berwarna hijau.