Close

iPhone SE 2022 dilengkapi dengan 4GB RAM – 33% lebih banyak dari iPhone SE 2020

Apple baru sahaja melancarkan iPhone SE generasi ketiga, dengan membawakan beberapa ciri baharu seperti dijana dengan cip A15, sokongan rangkaian 5G dan juga kamera yang lebih baik. Walaupun tidak di iklankan, iPhone SE 2022 dilengkapi dengan kapasiti RAM yang lebih besar dari model sebelumnya.

Menurut laporan terbaru, iPhone SE 2022 di sahkan hadir dengan 4GB RAM iaitu 33% lebih banyak dari iPhone SE generasi kedua. Pada model iPhone SE 2020 ia hadir dengan 3GB RAM. Pada iPhone 13 ia juga hadir dengan 4GB RAM , membawa maksud yang prestasi pada iPhone SE 2022 dan iPhone 13 adalah sama taraf. Namun untuk model iPhone 13 Pro Dan 13 Pro Max ia hadir dengan 6GB RAM.

Dengan mempunyai kapasiti RAM yang lebih besar, ia dapat memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan mampu menyimpan lebih banyak aplikasi di bahagian latar belakang. 

Untuk pasaran, iPhone SE 2022 hadir dengan tiga piliha warna iaitu White, Black dan Red yang di datangkan dengan tiga pilihan storan iaitu 64GB, 128GB dan 256GB. Bagi harga jualan di Malaysia ia bermula dari RM2099 untuk 64GB, RM2299 128GB dan RM2799 untuk 256GB. Untuk Pra tempahan di Malaysia ia akan bermula pada 18 Mac ini.



(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN