Close

iPhone SE+ 5G dijangka hadir dengan tiga pilihan warna bersama storan sehingga 256GB

Seperti yang kita tahu Apple telahpun mengumumkan tarikh bagi acara pelancaran produk baharu pada 8 Mac ini. Dalam masa yang sama, pakar maklumat tiris Ming Chi Kuo menjangkakan yang iPad Air dan iPhone SE 3 antara yang akan diumumkan.

Terkini, terdapat beberapa maklumat tambahan mengenai iPhone SE 3 5G telah tertiris. Menurut laporan terbaru, iPhone SE generasi ke-3 akan dikenali sebagai iPhone SE+ 5G dan bukannya iPhone SE 2022 atau iPhone SE 3 seperti mana yang dilaporkan sebelum itu.

Menurut Kuo, iPhone SE+ 5G akan hadir dengan tiga pilihan storan dalaman iaitu 64GB, 128GB dan 256GB. Selain itu, ia juga akan tersedia dengan tiga pilihan warna iaitu White, Black, dan juga Red.

Kuo juga turut mengesahkan yang iPhone SE+ 5G akan tampil dengan rekaan yang sama seperti iPhone SE 2020 namun ia menyokong rangkaian 5G (mmW dan sub-6). Pada bahagian panel belakang hampir tiada sebarang perubahan pada iPhone SE+ 5G melainkan kedudukan logo yang berubah lebih ke bawah.

iPhone SE+ 5G dijangka akan memasuki pengeluaran secara besar besaran pada bulan ini dan Apple merancang untuk menghantar 25 sehingga 30 Juta unit pada 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN