Mercedes-Benz EQA 250 AMG Line rasmi di Malaysia dengan harga RM278K - FUZZ.MY

Friday, March 11, 2022

Mercedes-Benz EQA 250 AMG Line rasmi di Malaysia dengan harga RM278K

 


Mercedes-Benz Malaysia telahpun melancarkan kereta elektrik (EV) yang bersaiz SUV terbaru mereka, EQA 250 AMG Line versi import sepenuhnya dari Jerman (CBU) dengan harga RM278,201.25 tidak termasuk insurans, dengan jaminan waranti empat tahun pada jarak tanpa had dan waranti bateri empat tahun atau 160,000 KM.



Dari segi spesifikasi, EQA 250 mempunyai satu motor pada bahagian hadapan dengan kuasa 188 hp dan 375 Nm yang mampu memecut dari 0 ke 100 dalam masa 8.9 saat. Turut hadir dengan teknologi penyejukan liquid, bateri 420-volt lithium-ion yang berkapasiti 66.5 kWh.



Untuk pengecasan AC 11 kW yang hadir sekali dengan kereta, mampu mengecas penuh dalam masa 5 jam dan 45 minit. Manakala untuk pengecasan DC yang menyokong sehingga 100 kW mampu mengecas dari 10 ke 80% dalam masa 32 minit sahaja. Untuk bateri penuh, EQA 250 mampu pergi sejauh 429 KM bergantung pada cara pemanduan.



Dari segi teknologi pemanduan, EQA 250 dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dan pemanduan. Antaranya seperti Active Brake System, Driving Assistance Package, Active Distance Assist DISTRONIC, Active Lane Keeping Assist dan pelbagai lagi.