Malangnya, video teaser tersebut tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai produk yang akan dilancarkan. Sebelum ini, telah tertiris satu imej di mana Carl Pei sedang memperlihatkan telefon pertama Nothing kepada CEO Qualcomm iaitu Cristiano Amon. Namun imej tertiris tersebut gagal untuk memperlihatkan rupa bentuk sebenar telefon tersebut.
Dengan dana pembiayaan $144 juta yang diperolehi oleh Nothing, nampaknya mereka kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan produk mereka yang seterusnya. Produk pertama mereka iaitu Nothing ear (1) dikatakan telah berjaya dijual lebih dari 400,000 unit dalam masa 6 bulan.
Peminat teknologi di seluruh dunia pasti menantikan sesuatu dari Carl Pei melalui Nothing, selepas melihat kejayaan awal ear (1). Sama sama kita nantikan produk apakah yang akan diumumkan oleh Nothing tidak lama lagi. Kami harapkan ia adalah sebuah telefon pintar.