Close

Oppo Reno 7 Z 5G kini rasmi di Malaysia – Snapdragon 695, kamera 64MP dengan sistem lampu ‘Dual Orbit Light’

Oppo dalam satu acara telah melancarkan model baharu untuk pasaran Malaysia iaitu Oppo Reno 7 Z 5G. Yang mana siri Reno lebih menfokuskan kepada kemampuan pengambaran potret yang menarik. Selain itu, ia juga menawarkan kemaskini dari segi spesifikasi dengan 5G dan juga mempunyai elemen peranti kelas premium.

Oppo Reno 7 Z 5G membawakan skrin bersaiz 6.43 inci AMOLED FHD+ dengan paparan standard 60Hz. Di padankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Bateri sebesar 4500mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 33W.


Kehebatan pada siri Oppo Reno 7 Z 5G adalah terletakkan pada kemampuan kamera yang mana pada kali ia hadir dengan tetapan tri kamera dengan sensor utama 64MP, 2MP monokrom dan 2MP makro.Untuk swafoto, ia menampilkan sensor sebesar 16MP.

Antara ciri lain yang ditawarkan pada Oppo Reno 7 Z 5G adalah seperti bicu audio 3.5mm, sistem lampu Dual Orbit Light, penarafan IP4X dan Color OS 12 yang berasaskan Android 12.

Hadir dengan dua pilihan warna iaitu Cosmic Black dan Rainbow Spectrum dengan harga jualan RM1,699. Melalui pratempah Oppo sedia memberikan tawaran terhad bernilai RM362 sehingga 1 April 2022. Oppo Reno 7 Z 5G turut boleh di dapati bermula pada hari ini sehingga 10 April melalui Shopee dengan 100 pelanggan pertama akan berpeluang menerima hadiah menarik bernilai RM129.

ARTIKEL BERKAITAN