Close

Oppo umumkan pengecasan SuperVOOC 150W bersama teknologi Battery Health Engine

Beberapa hari yang lalu, Oppo telah melancarkan siri Oppo Find X5 yang menyokong teknologi pengecasan superVOOC 80W. Manakala di acara MWC, Oppo telah memperlihatkan teknologi pengecasan baharu mereka iaitu SuperVOOC 150W.

Menurut Oppo, pengecasan SuperVOOC 150W mampu mengecas dari 0% ke 50% dalam masa 5 minit dan untuk satu isian penuh 0% ke 100% ia hanya mengambil masa 15 minit sahaja dengan bateri 4500mAh. Sebagai perbandingan, pengecasan pantas 65W memerlukan sekitar 45 minit untuk satu isian penuh pada kapasiti bateri yang sama.

Oppo turut memperlihatkan teknologi Battery Health Engine (BHE) baharu yang digabungkan dengan SuperVOOC 150W bagi memanjangkan hayat bateri. Melalui ujian yang dilakukan, selepas 1,600 kitaran pengecasan bateri berjaya mengekalkan kesihatan pada kadar 80%. 


Selain mengumumkan teknologi pengecasan SuperVOOC 150W, pada acara MWC Oppo turut memperlihatkan teknologi pengecasan SuperVOOC 240W yang mampu mengecas dari 0% ke 100% hanya dalam masa 9 minit. Namun buat masa ini, teknologi tersebut masih lagi di fasa prototaip. 

ARTIKEL BERKAITAN