Close

Pengguna Android tidak lagi boleh membeli atau menyewa kandungan dari Apple TV

Aplikasi Apple TV mula ditawarkan kepada pengguna Android TV dan Google TV pada awal tahun 2021. Dengan aplikasi Apple TV ia membolehkan pengguna mengakses Apple TV+ sekaligus menikmati saluran atau filem dengan menyewa atau membeli secara terus pada peranti.

Namun, penawaran ini dijangka tidak lagi ditawarkan pada pengguna Android. Apple dilihat kurang senang untuk membayar komisen kepada syarikat lain, dan Apple kini telah menemui cara untuk menghentikan pengguna Android daripada membeli atau menyewa sebarang kandungan pada Aplikasi Apple TV.

Telah disahkan bahawa kemas kini terbaru Apple TV akan mengalih keluar pilihan untuk membeli atau menyewa kandungan pada Android TV dan Google TV. Kemas kini ini juga menggantikan pilihan butang beli atau sewa kepada butang cara menonton, yang memerlukan pengguna membeli, menyewa atau melanggan melalui Aplikasi TV pada iPhone atau iPad.

Selain dari Google TV, peranti penstriman lain seperti Nvidia Shield dan Chromecast juga turut menerima nasib yang sama apabila pilihan beli atau sewa telah dialih keluar. Namun, kandungan yang telah di beli atau di sewa sebelum ini masih boleh di akses. Keputusan Apple untuk mengalih keluar pilihan berkenaan mungkin disebabkan untuk mengelak dari membayar komisen sebanyak 30% kepada Google. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN