Close

Poco X4 Pro 5G kini rasmi – Snapdragon 695, skrin AMOLED 120Hz dengan harga bermula RM1,199


Poco secara rasminya mengumumkan model baharu seterusnya untuk pasaran Malaysia iaitu Poco X4 Pro 5G. Secara keseluruhan Poco X4 Pro 5G membawakan spesfikasi terkini disamping dengan rekaan yang lebih segar dan unik.

Bercakap mengenai spesifikasi, Poco X4 Pro 5G dikuasakan oleh cip Snapdragon 695 5G, skrin bersaiz 6.67 inci AMOLED dan paparan 120Hz. Di muatkan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalam sehingga 256GB yang turut menyokong mikro SD sehingga 1TB.

Untuk fotografi, Poco X4 Pro 5G hadir dengan tetapan tri kamera dengan sensor utama 108MP, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Ia juga menyertakan kamera hadapan dengan sensor sebesar 16 MP. Pada bahagian bateri, Poco X4 Pro 5G dilengkapi dengan bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas 67W.

Fungsi lain yang hadir pada Poco X4 Pro 5G adalah penarafan IP53, IR Blaster, pembesar suara jenis stereo, sokongan bicu audio 3.5mm dan juga pelindung Gorilla Glass 3.

Untuk pasaran Malaysia, Poco X4 Pro ditawarkan dalam dua varian iaitu 6GB/128GB dan 8GB/256GB dengan harga RM1,199 dan RM1,499. Pembelian boleh dibuat melalui Shopee bermula pada 3 Mac ini. Pembeli teawal akan menikmati diskaun sehingga RM250 (RM1,249) untuk varian 8GB/25BG dan RM100 (RM1,099) untuk 6AGB/128GB.

ARTIKEL BERKAITAN