Close

Pra-tempahan Samsung Freestyle kini dibuka – Hadiah menarik bernilai RM1496 juga turut ditawarkan

Samsung Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan pra-tempahan untuk Samsung Freestyle yang telah dibuka bermula 7 Mac sehingga 31 Mac ini dengan harga bernilai RM4999. Menariknya, pembeli akan menerima hadiah menarik bernilai RM1496 untuk pra-tempahan ini.

Freestyle adalah sebuah projektor pintar baharu dari Samsung yang membolehkan anda menonton video atau filem kegemaran anda dengan pengalaman tontonan yang lain dari lain, kerana ia turut dilengkapi dengan pembantu suara maya Bixby dan badan yang boleh digerakkan 180 darjah.

Bukan itu sahaja, terdapat fungsi Freely Scale untuk mengubah saiz paparan tontonan yang juga turut boleh digerakkan mengikut kesesuaian ruang. Freestyle juga turut hadir dengan fungsi TV Pintar Samsung dan mempunyai pembesar suara 360.

ARTIKEL BERKAITAN