Close

Produk terbaru Apple, Mac Studio dihasilkan di Malaysia

Seperti semua sedia maklum, sebelum ini Apple telah melancarkan barisan produk baharu mereka dan antara yang menjadi tarikan semasa pelancaran tersebut adalah Mac Studio dengan cip Apple M1 Ultra yang baharu dan lebih berkuasa dari cip M1 yang lain dengan harga bermula RM8799.

Gambar : MKBHD

Jika dilihat dengan teliti pada Mac Studio terbaru, terdapat tulisan ‘Made in Malaysia’ di bahagian belakang badan Mac Studio yang menandakan ia dihasilkan di Malaysia dan direka di California, AS. Sebahagian Mac mini juga turut dihasilkan di Malaysia.

Dari segi rekaan, Mac Studio amat sinonim dengan rekaan Mac mini. Namun, ia mempunyai saiz yang sedikit besar, tebal dan lebih tertumpu kepada pengguna profesional dengan spesifikasi yang lebih berkuasa berbanding Mac mini.

Gandingan paling serasi dengan Mac Studio semestinya Studio Display yang juga produk baharu dari Apple yang menawarkan ciri yang menarik, mempunyai kamera, pembesar suara dan paparan resolusi 5K dengan harga bermula RM6999.

ARTIKEL BERKAITAN