Close

realme GT 2 Pro kini rasmi di Malaysia – Pra-tempahan dengan harga RM2599 percuma Buds 2 Neo

realme Malaysia hari ini telah melancarkan fon yang paling dinantikan iaitu realme GT 2 Pro yang dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, memori 12GB RAM dan storan 256GB dengan harga RM2999. Terdapat pra-tempahan dengan harga RM2599 dari 25 Mac hingga 4 April.

Namun jika anda menempah dari 25 Mac hingga 31 Mac, selain dari harga RM2599, anda juga akan mendapat percuma realme Buds 2 Neo. Ini sememangnya satu tawaran yang sangat berpatutan dari realme Malaysia terhadap fon kelas atasan terbaru mereka.

Untuk spesifikasi penuh, rujuk :

  • Snapdragon 8 Gen 1
  • 12GB RAM
  • 256GB storan UFS 3.1
  • Skrin rata AMOLED 6.7″
  • LTPO 2.0 dengan 120Hz
  • Bateri 5000mAh
  • Pengecasan 65W
  • Tri-kamera 50MP + 50MP + 2MP
  • Pembesar suara stereo
  • Tiada pengesahan IP
  • Tiada pengecasan tanpa wayar

ARTIKEL BERKAITAN