Close

Rekaan penuh iPhone 14 Pro tertiris – Memperlihatkan beberapa perubahan reka bentuk

Sumber : 91Mobiles

Walaupun hari pelancaran siri iPhone 14 masih lagi jauh, namun maklumat mengenai siri iPhone 14 terus menerus tertiris di arena web. Seperti yang kita tahu, Apple dijangka membawakan perubahan ketara pada siri iPhone 14 berbanding model sebelumnya.

Sumber : 91Mobiles

Terkini, 91Mobiles telah memuat naik imej reka bentuk yang berdasarkan fail CAD yang didakwa sebagai reka bentuk iPhone 14 Pro. Di mana fail reka bentuk CAD kebiasaan digunakan oleh pengeluar aksesori untuk menghasilkan pelbagai aksesori untuk model tersebut.

Sumber : 91Mobiles

Jika dilihat dari imej tersebut, sebahagian besar dari reka bentuk iPhone 14 Pro dilihat sama seperti reka bentuk iPhone 13 Pro. Terdapatnya bonggol kamera besar di bahagian belakang dan butang suara dengan rekaan petak di sebelah slot kad SIM.

Sumber : 91Mobiles

Perubahan ketara hanya dapat dilihat pada skrin hadapan dengan tiada lagi kamera hadapan jenis takuk yang diganti dengan kamera jenis berlubang dengan reka bentuk seperti pil. Selain itu, Apple mungkin menggunakan saiz skrin yang sama pada iPhone 14 Pro iaitu 6.1 inci sama seperti iPhone 13 Pro dengan kedudukan speaker grill hadapan sama seperti iPhone 13 

Sumber : 91Mobiles

Secara keseluruhan perubahan reka bentuk iPhone 14 Pro yang tertiris itu dilihat sedikit bercanggah dengan apa yang digambar oleh beberapa pakar tiris lain seperti Jon Prosser, yang sebelum ini mengatakan yang iPhone 14 akan hadir dengan reka bentuk seperti iPhone 4 dengan butang suara jenis bulat dan tiada lagi bonggol kamera. Mark Gurman dari Bloomberg pula mengatakan yang siri iPhone 14 akan hadir dengan reka bentuk 100% berbeza.

Ia masih lagi belum dapat dipastikan sejauh mana ketepatan mengenai reka bentuk iPhone 14 Pro. Secara asasnya ini adalah imej pertama yang tertiris yang memperlihatkan reka bentuk iPhone 14 Pro secara keseluruhan . Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN