Konflik peperangan yang sedang berlaku antara Rusia dan Ukraine nampaknya semakin tegang. Dalam laporan terbaru dari Al-Jazeera, Rusia mungkin akan menggunakan senjata nuklear jika ia benar-benar mengancam kewujudan Rusia.
![]() |
Sumber : Statista |
Pada bulan lalu, terdapat laporan yang menyatakan bahawa Vladamir Putin telah mengarahkan pasukan nuklear Rusia untuk bersedia. Malah Presiden AS, Joe Biden juga turut memberi amaran kebarangkalian Rusia akan menggunakan senjata kimia dan biologi terhadap Ukraine.