Close

Samsung Galaxy A33, A53 dan A73 5G kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia dengan hadiah bernilai RM549

Samsung Malaysia telahpun membuka pra-tempahan untuk siri Galaxy A yang baru sahaja dilancarkan iaitu Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G yang menawarkan spesifikasi yang cukup baik dan rekaan yang segar untuk sebuah fon kelas pertengahan.

Jika anda membuat pra-tempahan bermula Isnin 21 Mac ini, anda akan mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM549. Untuk Galaxy A33 5G, percuma Galaxy Fit2 (RM179), manakala Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G dapat percuma Galaxy Buds Live bernilai RM549.

Berikut harga jualan dan tarikh pra-tempahan untuk siri Galaxy A terbaru :

  • Galaxy A33 5G – RM1499 (21 Mac ~ 13 April)
  • Galaxy A55 5G – RM1849 (21 ~ 25 Mac)
  • Galaxy A73 5G – RM2099 (30 Mac ~ 13 April)

ARTIKEL BERKAITAN